Taklimat Pelaksanaan NADI e-Sukan Musim 2 & Tot Pengurusan Pertandingan kepada petugas NADI
8 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 7 Februari 2025, Taklimat Pelaksanaan NADI e-Sukan Musim 2 & Tot Pegurusan Pertandingan kepada petugas NADI secara atas talian telah diadakan. Taklimat ini bertujuan untuk menyampaikan inisiatif pengurusan tentang NADI e-Sukan Musim 2 yang akan diadakan. NADI e-Sukan berperanan dalam mempromosikan e-Sukan sebagai platform pembelajaran dan kerjaya, serta menyediakan peluang kepada masyarakat untuk terlibat dalam industri yang semakin berkembang ini. Taklimat ini berlangsung selama 1 jam dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: